Aishah Bed and Breakfast (B&B) Homestay

Penginapan selesa dengan suasana desa yang mendamaikan

Tempat Menarik Berdekatan!

Apa nak buat di Banting? Sebenarnya, banyak aktiviti dan tempat menarik di Banting yang boleh dilakukan dan dilawati. Orang Banting sendiri kadang kala tidak sedar tentang tempat-tempat menarik ini. Daripada aktiviti santai ke aktiviti lasak, semuanya ada di Banting. Jadi, penginapan anda di sini tidak akan menjadi bosan! πŸ™‚

 

ATV Menyusur Desa

Aktiviti ATV yang menyusur kawasan kampung merupakan yang pertama di Malaysia. Aktiviti ini diuruskan hasil kerjasama oleh Koperasi Keluarga Saijan Saudah dan Koperasi Sungai Lang di Banting. Dengan bayaran yang berpatutan (dan mungkin lebih rendah dari tempat lain), anda dapat merasai keunikan menaiki ATV sambil menikmati suasana desa yang menyamankan. Kepada yang berminat, boleh menghubungi En. Salimin, 016-341 7539 untuk tempahan.

 

Paragliding di Bukit Jugra, Banting

Bagi peminat sukan di udara, boleh mencuba paragliding di Bukit Jugra, Banting. Pastikan anda cukup berani untuk terjun dari bukit!! πŸ™‚ Bagi yang berminat, boleh lawati http://paraglidingmalaysia.com/ ataupun https://www.facebook.com/persatuanluncurudara.malaysia

 

Pantai Morib dan Pantai Kelanang

Bagi yang ingin menghirup udara segar di tepi pantai, bolehlah berkelah di Pantai Morib atau Pantai Kelanang. Banyak juga gerai dan kedai makan yang boleh dikunjungi untuk mengisi perut yang sedang kelaparan.

 

Gold Coast Morib

Dalam keadaan cuaca Malaysia yang panas terik, sekali sekala berendam dalam kolam renang yang sejuk memang menyeronokkan. Sesuai untuk keluarga dan anak-anak untuk menghabiskan hujung minggu sambil bermain air dan menghirup udara segar di Pantai Morib. Bayaran masuk pun berpatutan. Lawati http://www.goldcoastresort.com.my/ untuk maklumat lanjut.

Photos of Gold Coast Resort Morib, Banting
This photo of Gold Coast Resort Morib is courtesy of TripAdvisor


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: